Tuesday, February 23, 2016

Perarakkan Unit Badan Beruniform

Perarakkan Unit Badan Beruniform SKLJ telah diadakan pada hari ini 23.02.2016 (Selasa) di sekitar kawasan Sekolah. Unit Badan Beruniform yang terlibat ialah Pengakap & Puteri Islam.


Diantara Guru-Guru yang terlibat dalam program ini..







Sunday, February 21, 2016

Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pemimpin Kecil 2016

Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pemimpin Kecil 2016 telah diadakan pada 14 Februari (Ahad) bertempat di dewan SKLJ dan disempurnakan oleh Sjn Det Mohd Nasir Bin Che Amat.







Wednesday, January 20, 2016

Hari Penutup Minggu Orentasi Tahun 1

Satu aktiviti sempena penutup minggu orentasi Tahun 1 2016 telah diadakan pada hari ini 21/01/2016 (Khamis).
Diketuai oleh Cikgu Faizatul Ashikin, dan dibantu oleh Ustazah Norasima dan Cikgu Wan Robaha.

  


Sesi Mengenal Bendera Jalur Gemilang Dan Bendera Negeri Terengganu.



Aktiviti Sukan yang diadakan 






Wednesday, January 13, 2016

Tahniah - Perlantikan Penolong Kanan 1 Sesi 2016 - Cikgu Siti Azhani Binti Abu Bakar



Pada sesi 2016, Pn. Siti Azhani telah di beri amanah oleh Tn.Guru Besar,Zanowi Bin Mamat sebagai Penolong Kanan 1 menggantikan Ustaz Marzuki Bin Jusoh@Mamat yang telah bertukar ke SK Felda Neram 1.

Semoga dengan pelantikan ini, beliau akan memberikan kerjasama dalam menyumbangkan idea dan tenaga dengan penuh dedikasi serta dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik dalam meneruskan kesinambungan meningkatkan usaha bagi mencapai kecemerlangan SKLJ secara keseluruhannya.

TAHNIAH!!

Jasamu Dikenang - Ustaz Marzuki Bin Jusoh@Mamat


Selagi hayat dikandung badan
Hidup adalah perubahan
Tak tau bagaimana lajunya putaran
Tapi roda selalu berputaran.

Dalam setiap perjalanan kita merantai kisah
suka duka
tangis tawa
Kita banyak berkongsi masalah
kadang-kadang kita tak sehaluan
Tapi lebih banyak kita bergandingan tangan...

Terima kasih atas segala jasa dan bakti Ustaz Marzuki kepada anak-anak didik dan warga SKLJ sepanjang berkhidmat disini , jasamu dikenang..Selamat Berkhidmat di tempat baru..
Teruskan perjuangan...



Semangat Membara!!

Bersemangat anak-anak dan guru SKLJ berlatih bola jaring dan bola tampar yang akan dipertandingkan di peringkat PKG Cheneh Baru tidak lama lagi. Latihan ini dipimpin oleh Cikgu Asma Laila dan Cikgu Lukman Hakim.

Semoga kejayaan milik SKLJ!!

GO..GO.. SKLJ!!